Sime Darby tawar 5,873 peluang kerja pada asnaf di Selangor - Utusan Malaysia

Sime Darby tawar 5,873 peluang kerja pada asnaf di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Golongan asnaf yang berkelayakan di negeri ini dipelawa menghadiri sesi temuduga untuk bekerja dalam sektor perladangan bersama Sime Darby Plantation Bhd.

Tawaran khas untuk asnaf berdaftar bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diadakan di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar, Klang pada 26 Mac dari 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan  rasmi LZS, sebanyak 5,873 kekosongan beserta latihan ditawarkan di seluruh negara dengan gaji permulaan sebanyak RM1,200.

“Mereka juga ditawarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Skim Insurans Pekerjaan.

“Faedah lain termasuk penyediaan tempat tinggal di ladang, perubatan, bantuan persekolahan tahunan dan pengangkutan anak-anak, pusat jagaan, token raya dan cuti tahunan serta insentif permulaan pekerjaan,” kata LZS dalam satu kenyataan hari ini.

Golongan asnaf yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN