Ramai mangsa banjir dijangka pulang hari ini

Ramai mangsa banjir dijangka pulang hari ini

banjir
Puing-puing kayu dihanyutkan banjir di Terengganu baru-baru ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir yang kini mencecah 17,384 orang dijangka berkurangan hari ini susulan keadaan cuaca baik di seluruh negeri.

Ramai mangsa bah termasuk di Kemaman berkemungkinan boleh pulang ke rumah masing-masing bagi kerja–kerja pembersihan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi ini, kesemua mangsa melibatkan 4,549 keluarga ditempatkan di 86 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah mangsa banjir tertinggi kekal di Kemaman dengan seramai 9,245 orang manakala di Hulu Terengganu (3,845 orang), dan Dungun (2,795 orang).

“Di Kuala Nerus pula masih ada 502 mangsa diikuti Kuala Terengganu (490 orang), Besut (355 orang), Setiu (152 orang) manakala sebuah PPS di Marang ditutup mulai semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Sekretariat itu, cuaca di kesemua lapan daerah baik hari ini tanpa hujan. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN