Penuntut ILP maut selepas rebah di asrama  - Utusan Malaysia

Penuntut ILP maut selepas rebah di asrama 

MAYAT Muhammad Faiz Hakimi Che Mansor dibawa ke HSNZ di Kuala Terengganu selepas ditemukan rebah di asrama ILP di Gong Badak, Kuala Nerus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Gong Badak di sini hanya sempat mengikuti pengajian selama seminggu sebelum ditemukan mati di asrama hari ini. 

Muhammad Faiz Hakimi Che Mansor, 18, ditemukan rebah dalam bilik air kira-kira pukul 1 petang.

Abangnya, Mohd. Fadli, 32 berkata,  mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik mempunyai sejarah penyakit jantung sejak kecil.

Katanya, walaupun keadaan kesihatan adiknya tidak memuaskan, namun, mangsa teruja untuk menyambut pelajaran ke institusi berkenaan.

“Pada mulanya dia ditawarkan kursus sijil perkayuan sebelum bertukar ke kursus sijil komputer kerana tahap kesihatan dan minatnya.

“Saya difahamkan adik menjerit meminta pertolongan sebanyak tiga kali di dalam bilik air,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Mohd. Fadli berkata, mereka sekeluarga yang menetap di Kampung Paya, Teluk Ketapang di sini bergegas ke ILP selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya