Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tumpuan hari ini

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tumpuan hari ini

dewan
Ramli Mohd Nor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu akan dilaksanakan hari ini.

Menurut sumber Utusan Malaysia, setakat ini, hanya satu nama yang dicadangkan iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

“Sekiranya terdapat lebih daripada dua nama maka perlu diadakan pengundian dalam dewan tetapi setakat ini, hanya ada satu nama,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pencalonan Ramli itu mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu telah ditangguhkan daripada sesi persidangan yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu dibuat kerana ingin meminda perkara 57 (1) untuk menambah jumlah daripada dua Timbalan Speaker kepada tiga Timbalan Speaker.

Kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat kosong selepas Azalina meletak jawatan pada 23 Ogos lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya