[PARLIMEN]: Dakwaan belum mula bayar hutang 1MDB tidak berasas- Zafrul - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Dakwaan belum mula bayar hutang 1MDB tidak berasas- Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Tengku Abdul Aziz menolak dakwaan yang mengatakan Malaysia belum mula membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Tengku Zafrul berkata, pada ketika ini, Malaysia sudah mula membayar faedah daripada hutang itu. 

“Setakat akhir bulan ini, kalau kita lihat andaian pertukaran wang asing AS$1 bersamaan dengan RM4.20 sen dan baki komitmen pula antara RM38.5 bilion hingga RM38.8 bilion. 

“Ini merupakan prinsipalnya iaitu antara RM32bilion hingga RM33bilion manakala faedah RM6.5 bilion.  Maka dakwaan kita belum bayar hutang 1MDB adalah tidak berasas, memandangkan prinsipal hutang-hutang tersebut hanya akan matang lambat lagi,” jelasnya menjawab persoalan daripada Lim Guan Eng [Bagan-PH].

Menurut Tengku Zafrul, tarikh matang untuk hutang RM32.3 bilion iaitu hutang 1MDB adalah antara tahun 2022 hingga 2039. 

“Itu adalah amoun yang belum lagi dibayar tapi kita sudah mula bayar faedahnya,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN