Masyarakat sambut baik dividen KWSP tinggi - Utusan Malaysia

Masyarakat sambut baik dividen KWSP tinggi

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agihan dividen bagi tahun 2021 disambut baik oleh masyarakat apabila rata-rata mereka mengucap kata syukur dan syabas kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi media sosial Facebook, warganet menerima baik pengumuman yang dibuat oleh KWSP kerana dianggap berita tersebut mampu mencoretkan kegembiraan dalam tempoh pandemik.

“Alhamdulillah, di saat suasana ekonomi agak suram, pengeluaran pukal utk i-lestari, i-citra dan lain-lain pengeluaran, masih direzekikan untuk pencarum, dividen yang kompetitif. Tahniah dan terima kasih KWSP,” komen Abu Razali di siaran Facebook KWSP.

“Dalam masa yang sukar ini, sekurang-kurangnya mereka mempertimbangkan untuk membantu pencarum KWSP terutamanya pesara yang sangat bergantung pada dividen ini. Terima kasih,” komen Simon Tan.

“Alhamdulillah syariah pun memberangsangkan jugak, untung pada siapa yang nak membeli rumah tahun ini. Ada duit KWSP boleh digunakan,” komen Mhmf.

Terdahulu, akhbar melaporkan, agihan dividen KWSP bagi tahun 2021 lebih tinggi sebanyak 6.10 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah.

Pada 2020, dana persaraan itu mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.2 peratus yang membabitkan agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi simpanan konvensional dan 4.9 peratus bagi simpanan syariah yang berjumlah RM4.76 bilion. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN