Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan sebanyak RM8.4 bilion

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan sebanyak RM8.4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 bagi memohon perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan tahun 2021 sebanyak RM8.413 bilion.

Rang undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan undian suara Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa disusuli sesi penggulungan oleh kementerian yang terlibat dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.

Perbelanjaan tambahan itu adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2021 ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM2.235 bilion dan RM64.26 juta yang merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2021. 

Sebanyak RM6.18 bilion pula adalah peruntukan tambahan langsung kepada kementerian dan jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada 2021. 

Kementerian termasuklah Kementerian Kewangan menerima sebanyak RM7.81 bilion, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (RM539.6 juta) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (RM67.7 juta).- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya