Azizan Baba meninggal dunia - Utusan Malaysia

Azizan Baba meninggal dunia

ALLAHYARHAM MOHD. AZIZAN BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas pemain Melaka United (MU), Mohd. Azizan Baba telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) merakamkan ucapan takziah buat keluarga bekas pemain tengah dan jurulatih MU bawah 14 tahun itu.

Allahyarham pernah mewakili Johor FC (2005-2011), Sarawak (2012-2013), Pulau Pinang (2014) dan kembali semula bersama MU pada 2015.

“Sesungguhnya pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat bola sepak Melaka.”

“Kami di MUSA mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jun 2021, Utusan Malaysia melaporkan, Allahyarham memerlukan bantuan orang ramai bagi mengumpul dana sebanyak RM50,000 dengan kadar segera untuk merawat penyakit kanser di paha kirinya yang semakin serius.

Allahyarham memerlukan wang tersebut untuk menjalani pembedahan kali keempat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor kerana sel giant tumor di paha kirinya semakin membengkak.

Pada Ogos 2021, penderitaan Mohd. Azizan mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda memberi sumbangan RM50,000 untuk rawatan Allahyarham. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN