PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mengikut jejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersara daripada politik. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, walaupun banyak suara mendesak Anwar berundur, namun PKR masih memerlukan khidmat beliau terutama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Katanya, PRU15 adalah penentu untuk Presiden PKR itu terus membuat perubahan mengikut apa…