4,828 lagi guru one-off ditawar penempatan

4,828 lagi guru one-off ditawar penempatan

guru
Seramai 4,828 calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara one-off boleh menyemak tawaran penempatan masing-masing pada 18 Mac ini.. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 4,828 calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara one-off boleh menyemak tawaran penempatan masing-masing pada 18 Mac ini.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

“Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 4 April ini,” katanya.

Sebelum ini, seramai 8,120 guru bagi pengambilan sama yang berjaya dalam temuduga Fasa 2 dan 3 ditawarkan penempatan pada 14 Februari lalu.

Guru-guru berkenaan sudah mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac lalu.

Pelaksanaan inisiatif pengambilan khas itu secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan jawatan itu yang telah berlarutan sekian lama. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN