KUALA LUMPUR: Ujian bertulis untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan dilaksanakan pada 2 hingga 29 Mac 2022.
Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, seramai 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis peperiksaan SPM tahun 2021 di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.
“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian ujian ini, seramai 50,514 petugas peperiksaan telah dilantik.
“Lembaga ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi di http://lp.moe.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Turut diingatkan, calon hendaklah membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19,” katanya lagi.
Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my. –UTUSAN ONLINE