2,356 Sahabat AIM dapat RM3,000 - Utusan Malaysia

2,356 Sahabat AIM dapat RM3,000

NOH Omar (kanan) bersama Mohamed Shamir Aziz (kiri) merasmikan majlis Penyerahan Sumbangan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam, Selangor pada hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, dianggarkan hampir 70 peratus golongan usahawan mikro yang terjejas teruk akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Saya berharap Sahabat AIM menggunakan bantuan wang ini untuk bangkit kembali. Selepas dilanda Covid-19, Sahabat AIM diuji pula dengan banjir, kita akan bantu semua usahawan itu janji saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek bernilai RM3,000 kepada Sahabat AIM di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Majlis penyerahan BBKM berkenaan diadakan secara serentak di empat lokasi iaitu di Shah Alam Convention Centre (SACC), Dewan Puchong Utama, Puchong, Dewan UMNO Kuala Selangor dan Dewan Sri Jugra.

Sementara itu, Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata, bantuan banjir yang diusahakan KUSKOP amat membantu Sahabat Usahawan AIM yang sedang berusaha untuk bangkit semula dari kemusnahan yang dialami.

Jelasnya lagi, penerima BBKM daripada Sahabat Usahawan AIM, sebahagian besarnya adalah Usahawan Informal juga peniaga gerai dan penjaja di tepi jalan yang mengalami kemusnahan secara total di mana gerai dan premis perniagaan hanyut dibawa banjir. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN