PONTIAN: Pertembungan empat penjuru dijangka berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas apabila Parti Warisan Sabah (Warisan) mengesahkan akan meletak calon di situ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, calon dalam kalangan anak tempatan telah dikenal pasti dan hanya menunggu pengumuman rasmi dalam tempoh terdekat. Katanya, beliau kini dalam rangka lawatan ke beberapa kawasan di Johor bagi…