KEHADIRAN Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mahu mencuba nasib di Semenanjung dengan penyertaan pertama kali pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menarik perhatian ramai memandangkan parti itu diketahui lebih dikenali di Sabah. Namun, dengan alasan mahu menawarkan pilihan kepada rakyat terutama penduduk Johor yang turut didiami masyarakat Borneo, Warisan pastinya sudah ada strategi dan bacaan politik tersendiri sehingga mereka berani membuat keputusan tersebut. Kemunculan Warisan di Johor sebenarnya sudah dirasai sejak sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan lagi apabila Naib Presidennya, Datuk Junz Wong berkunjung ke negeri itu pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya