Warga emas hilang: Kawasan pencarian diperluaskan  - Utusan Malaysia

Warga emas hilang: Kawasan pencarian diperluaskan 

ANGGOTA bomba menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba di kawasan ladang kelapa sawit pada hari ketiga pencarian warga emas, A. Sivapaki yang hilang di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau, Seremban hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Radius kawasan pencarian seorang warga emas yang hilang di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau diperluaskan sejauh lima kilometer selepas operasi mencari memasuki hari ketiga hari ini.

Ketua Zon Seremban, Penguasa Kanan Bomba II, Khir Amir Ahmad berkata, pihaknya mengaturkan pencarian bermula dari rumah wanita tersebut iaitu, A. Sivapaki, 73, dan di sekitar ladang kelapa sawit di kampung berkenaan sehingga ke Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Sawah, Rantau.

“Pada hari ketiga pencarian hari ini, seramai 48 orang anggota dari pelbagai agensi terlibat termasuk bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta keluarga turut terlibat mencari mangsa. 

“Strategi kekuatan anggota yang sama akan digunakan bermula pukul 2 petang ini dan radius kawasan pencarian akan diperluaskan sejauh lima kilometer sehingga ke LRA Kuala Sawah, Rantau di sini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Utusan Online sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas, A. Sivapaki hilang ketika mencari lembu peliharaannya di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau.

Wanita itu hilang dan tidak pulang ke rumah sejak pukul 11 pagi 30 Januari yang lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya