PETALING JAYA: Walaupun pembeli rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dijanjikan pampasan dan moratorium jika berlaku projek ‘sakit’, tiada jaminan mereka akan mendapat rumah idaman dalam namun tempoh terdekat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong berkata, ramai pembeli yang menaruh kepercayaan terhadap PR1MA yang sebelum ini menyasarkan pembinaan 500,000 rumah dan dijual dengan harga berpatutan. Namun, katanya, selepas hampir 10 tahun,…










