PETALING JAYA: Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu kekal seperti yang dilaksanakan dalam PRN Melaka dan Sarawak bagi membendung penularan jangkitan Covid-19. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, ini kerana gelombang Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi sehingga mencecah lebih 20,000 kes baharu sehari. “Melihat situasi semasa, kita tahu sebenarnya PRN Johor itu sendiri tidak…