Pejuang sedia kerjasama bentuk kerajaan baharu Johor - Utusan Malaysia

Pejuang sedia kerjasama bentuk kerajaan baharu Johor

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan sekiranya kerusi yang dimenangi tidak cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, perkara itu dibuat dengan syarat parti politik berkenaan dapat memenuhi aspirasi Pejuang.

“Kita memang harap 42 kerusi untuk menang, tetapi kalau tidak cukup untuk membentuk kerajaan, kita bergabung dengan mana-mana parti yang memenuhi kehendak dan aspirasi parti kita,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau dalam masa yang sama turut mengakui terdapat beberapa parti politik yang cuba berunding dengan Pejuang untuk mengadakan kerjasama menghadapi PRN namun pelawaan itu ditolak.

“Tidak perlulah saya namakan parti mana, tetapi memang ada. Cuma kita tolak semua kerjasama itu sebab kita yakin Pejuang menjadi pilihan pengundi Johor kali ini yang merupakan platform terbaharu untuk melaksanakan mandat rakyat di negeri itu.

“Nak kerjasama, mungkin selepas pilihan raya negeri nanti,” ujarnya.

Mengulas manifesto Perikatan Nasional (PN) yang memperjuangkan isu kenaikan harga barang, Ulya menyifatkan ia hanyalah retorik dan isu tersebut tidak terpakai di Johor.

“Itu isu Pusat. Bukan boleh pakai di Johor dan isu itu adalah retorik. Kalau PN nak selesaikan isu kenaikan harga barang, tidak perlu tunggu PRN pun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN