[PARLIMEN]: Agong zahir impian 50 peratus tanah negara kekal kawasan berhutan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Agong zahir impian 50 peratus tanah negara kekal kawasan berhutan

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap kemerosoton alam sekitar dan fenomena perubahan iklim yang semakin tidak menentu.

Menerusi titah tuanku sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Parlimen Penggal Kelima, baginda menyeru supaya semua rakyat sentiasa peka dan mengambil berat tentang kepentingan alam sekitar.

“Perlindungan dan kelestarian alam sekitar mestilah diutamakan. Rakyat beta hendaklah sentiasa cakna dan mengambil berat terhadap kepentingan dalam memastikan kebersihan dan keselamatan di kawasan persekitaran masing-masing.

“Beta menyeru agar kerajaan akan dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok melalui pelaksanaan amalan pengurusan hutan secara berkekalan.

“Selain itu, kawasan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai geopark hendaklah dikekalkan dan dipelihara,” katanya.

Al-Sultan Abdullah berharap supaya semua pihak dilibatkan dalam usaha untuk memelihara alam sekitar.

“Bagi menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan, mekanisme pengurusan bencana hendaklah sentiasa ditambah baik dan turut melibatkan peranan dan tanggungjawab rentas sosial meliputi kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan sukarelawan terutamanya daripada kalangan belia serta rakyat,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya