[PARLIMEN]: Agong percaya usaha kerajaan banteras rasuah - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Agong percaya usaha kerajaan banteras rasuah

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan-Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya dengan usaha kerajaan selama ini untuk membanteras budaya rasuah.

Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, Al-Sultan Abdullah meletakkan harapan dalam Inisiatif Pelan Antirasuah Nasional yang disediakan oleh kerajaan.

“Dalam membina sebuah negara bangsa yang telus dan berintegriti, beta memandang serius tentang isu rasuah yang berlaku.

“Beta percaya kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional menerusi tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk jenayah rasuah.

“Kerajaan juga sedang menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui inisiatif Kerajaan Digital secara end-to-end supaya lebih telus, cekap dan profesional,” katanya sempena istiadat tersebut.

Baginda menerusi titahnya mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan di atas taat setia dan sumbangan ikhlas semua petugas barisan hadapan negara, anggota-anggota Perkhidmatan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi kerajaan yang telah mencurahkan khidmat bakti sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur.

“Sumbangan mereka ini amatlah besar dan beyond the call of duty. Semoga semua penjawat awam terus komited, berdedikasi dan fokus untuk sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.

“Dalam masa yang sama, kebajikan anggota Perkhidmatan Awam juga hendaklah terus dibela baik daripada segi kesihatan, pendidikan, perumahan dan bantuan kebajikan merangkumi anggota yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara termasuk veteran ATM,” kata Tuanku.

Sepanjang penyampaian titah tersebut, Seri Paduka banyak mengingatkan supaya pemimpin negara sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat berbanding sepanjang masa berpolitik.

“Beta amat bersyukur dengan kestabilan politik yang dikecapi kini menerusi kerjasama dwi-partisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah ditandatangani antara pihak Kerajaan dengan pembangkang.

“Landskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat beta dan masa hadapan negara,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.