Omicron: Persediaan SPM, STPM tidak terganggu

Omicron: Persediaan SPM, STPM tidak terganggu

omicron
Pekerja farmasi menyusun kit ujian kendiri Covid-19 yang dijual di sebuah farmasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berjalan lancar biarpun berlaku penularan varian Omicron Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, peperiksaan SPM dan STPM akan diteruskan mengikut jadual ditetapkan. Masing-masing pada bulan depan dan Mei ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Kita akan memastikan pelajar mengikut SOP yang sudah ditetapkan agar mereka boleh menduduki peperiksaan.

“Semasa musim pandemik Covid -19 ini, kita tidak boleh jangka apa bakal berlaku namun peperiksaan awam itu akan diteruskan seperti dijadualkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Walau bagaimanapun katanya, kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memaklumkan, jadual peperiksaan SPM akan diadakan bermula pada 3 hingga 20 Mac ini.

Sementara itu, peperiksaan STPM Semester 3 pula akan berlangsung dari 9 hingga 18 Mei ini.

Covid-19 varian omicron kini turut merebat terutama di sekolah-sekolah.

Pada masa sama Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 ke hospital sejak tujuh hari lalu.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, dalam tempoh itu, bilangan kes positif Covid-19 meningkat sebanyak 109 peratus.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan kemasukan ke hospital dalam kalangan pesakit Covid-19 turut meningkat sebanyak 42 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×