Mesej tular larang warga emas keluar mengundi di Johor adalah palsu - SKMM  - Utusan Malaysia

Mesej tular larang warga emas keluar mengundi di Johor adalah palsu – SKMM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan mesej tular yang meminta warga emas untuk tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah palsu. 

SKMM menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mesej palsu berkenaan. 

Menurutnya, peringatan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat yang boleh mencetuskan situasi yang tidak diingini. 

“Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan informasi terkini dan menentusahkan maklumat-maklumat yang diterima itu. 

“Sila dapatkan sumber rasmi terutama melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ataupun melalui portal Sebenarnya.my,” katanya. 

Katanya, tindakan tegas juga boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. 

Sebelum ini, satu mesej tular di media sosial yang meminta warga emas untuk tidak keluar mengundi pada PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 dalam kumpulan tersebut.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN