Kerajaan negeri tidak pernah lokek bantu Perak FC - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri tidak pernah lokek bantu Perak FC

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri tidak pernah kedekut dalam menyalurkan peruntukan bagi membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dialami Perak FC sebelum ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk membiayai Perak FC. 

Menurutnya, ini kerana kerajaan negeri juga perlu bersikap adil terhadap  semua jenis sukan yang lain meskipun bola sepak sukan paling diminati.

“Pada waktu sama, saya juga perlu beringat bahawa kita kena menggunakan sebaik mungkin duit rakyat untuk tujuan pembangunan. 

“Tetapi. kita memang tidak lokek untuk membantu Perak FC, cuma, kita tidak boleh bagi keseluruhannya (peruntukan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru di sini hari ini. 

Saarani menegaskan, kerajaan negeri tidak boleh membiayai Perak FC kerana entiti itu kini dikendalikan sebuah syarikat iaitu Impact Media Communication (IMC).

“Perak FC asalnya dipunyai oleh Pafa (Persatuan Bola Sepak Perak) dan sekarang sudah dijual kepada IMC. 

“Jadi, kerajaan negeri tidak boleh membiayai syarikat ini kerana mana boleh kita guna duit kerajaan negeri untuk membiayai perniagaan syarikat.

“Tahun lalu sahaja kerajaan negeri telah memperuntuk tidak kurang RM5 juta bagi membantu pasukan bola sepak Perak,” katanya.

Saarani mengulas kecaman netizen dalam laman sosial yang menyalahkan kerajaan negeri seolah-olah meminggirkan nasib skuad The Bos Gaurus yang berdepan masalah hutang.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pafa, Datuk Seri G. Irudianathan berkata, pengurusan Perak FC akan berusaha menyelesaikan tunggakan hutang berjumlah RM1.7 juta. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya