Dadah: Remaja 18 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah - Utusan Malaysia

Dadah: Remaja 18 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah

SUSPEK berusia 18 tahun ditahan di depan rumahnya di Kampung Penakub Hilir, Mukah di sini pada awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: Remaja berusia 18 tahun berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Bahagian (IPD) Mukah pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan, serbuan telah berjaya dilakukan berdasarkan maklumat serta risikan dari Bahagian Siasatan Jenyaah Narkotik, IPD Mukah.

“Bertindak berdasarkan maklumat berkenaan, satu serbuan telah dilakukan di sebuah rumah di Kampung Penakub Hilir, Mukah.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu kotak rokok berwarna putih bertulisan L.A mengandungi satu keratan penyedut minuman kecil lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 0.14 gram.

“Hasil pemeriksaan terhadap ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine, katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN