Usah perlekeh kreativiti wanita guna nama ‘janda’ lariskan perniagaan  - Utusan Malaysia

Usah perlekeh kreativiti wanita guna nama ‘janda’ lariskan perniagaan 

HALIMATON Shaadiah Saad (tiga dari kanan) melawat salah sebuah gerai usahawan wanita pada Majlis Himpunan Usahawan Wanita Kedah di Alor Setar hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Baik nama Nasi Lemak Janda mahupun Roti Canai Janda, orang ramai dinasihatkan  tidak memandang serong atau memberi persepsi buruk kepada jenama produk atau barangan membabitkan golongan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, kreativiti tersendiri diperlukan oleh mereka untuk bersaing dalam bidang perniagaan terutama ketika pandemik ini.

“Itu adalah sebagai tarikan sahaja. Ibarat tak kenal, maka tak cinta. Kalau tertarik (dengan nama itu) pembeli akan kita pergi mencuba membelinya biar Nasi Lemak Janda atau Roti Canai Janda pun. 

“Ini adalah salah satu usaha mereka nak berniaga dan naik taraf kehidupan, kena bagi peluang dan sokongan,” katanya selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Usahawan Wanita Kedah di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri 120 peserta dalam kalangan wanita termasuk ibu tunggal dari seluruh negeri ini.

Beliau mengulas tentang trend golongan janda dan ibu tunggal yang berniaga dengan menggunakan nama status mereka itu dipercayai untuk melariskan jualan.

Kata beliau, golongan wanita terutama golongan ibu tunggal atau janda ketika ini berusaha gigih untuk mencari pendapatan menyara keluarga walaupun tanpa suami.

“Kajian menunjukkan 57 peratus seisi keluarga di Malaysia terjejas akibat pandemik terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

“Sekarang, PKP tiada lagi, mereka sudah keluar membantu keluarga. Saya berharap mereka dapat menggunakan kreativiti masing-masing untuk berniaga seperti gunalah medium media sosial sebaik mungkin seperti Facebook, Instagram atau Tik Tok,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan mengadakan pelbagai program pembangunan wanita dan keluarga sepanjang tahun ini untuk meningkatkan kehidupan rakyat negeri ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.