Rokok seludup bernilai RM8.7 juta dirampas - Utusan Malaysia

Rokok seludup bernilai RM8.7 juta dirampas

Suspek ditahan bersama rokok seludup di Jalan Kampung Iban Merotai, Tawau semalam.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Cubaan menyeludup masuk rokok daripada negara jiran berjaya ditumpaskan menerusi rampasan rokok bernilai RM 8.7 juta di Jalan Kampung Iban Merotai, semalam.

Rampasan yang dilakukan melalui Op Kontraban itu dilakukan oleh anggota Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 10 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA daerah, Superitenden Mohd. Yacob Murad berkata, ini merupakan sindiket penyeludupan terbesar yang berjaya ditumpaskan pada tahun ini di Tawau.

Beliau berkata, pihaknya mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan dalam operasi berkenaan.

Apabila ditahan dan diperiksa, lori berkenaan didapati membawa muatan sebanyak 604 kotak besar yang mengandungi pelbagai jenis rokok seludup.

Kesemua rokok yang dirampas membabitkan lebih enam juta batang dan dianggarkan bernilai RM8.7 juta.

“Anggota kami turut menahan pemandu lori iaitu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun.

“Rokok tanpa cukai itu disyaki diseludup masuk daripada negara jiran untuk pasaran di daerah ini dan kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek dan semua barang rampasan termasuk lori dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut.

Barang rampasan kemudian dibawa ke Pejabat Kastam daerah dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya