RM33.25 juta Bantuan Selangor Bangkit diagih - Utusan Malaysia

RM33.25 juta Bantuan Selangor Bangkit diagih

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 33,130 keluarga mangsa banjir menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) bernilai RM1,000 setiap penerima dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM33.25 juta sehingga hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu ciapan di Twitter miliknya turut memuat naik infografik nilai bantuan BSB diagihkan di setiap daerah di negeri ini.

“Setakat 14 Januari 2022, sebanyak 33,130 keluarga telah menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) melibatkan peruntukan RM33.25 juta,” ciapnya.

BSB di bawah kelolaan kerajaan Selangor itu merangkumi semua mangsa banjir di negeri Selangor sama ada yang tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) atau tidak.

Berdasarkan infografik rumusan agihan BSB kepada mangsa banjir pula menunjukkan sebanyak sembilan daerah sudah menerima bantuan terbabit secara berperingkat.

Sebanyak RM11.236 juta diperuntukkan di daerah Petaling membabitkan bilangan penerima berjumlah 11,236 keluarga.

Diikuti daerah Klang dengan peruntukan sebanyak RM7.436 juta membabitkan seramai 7,376 penerima termasuk enam ahli keluarga terkorban akibat banjir.

Sebanyak RM6.477 juta diperuntukkan di daerah Hulu Langat dengan seramai 6,457 penerima termasuk dua ahli keluarga yang meninggal dunia. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya