PhD UPM: Kenyataan Iskandar timbul persepsi negatif terhadap pensyarah - Utusan Malaysia

PhD UPM: Kenyataan Iskandar timbul persepsi negatif terhadap pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin disifatkan seolah-olah pensyarah dan penyelia calon ijazah doktor falsafah (PhD) menyelia dengan sambil lewa dan hanya mementingkan kuantiti berbanding kualiti.

Majlis Presiden Persatuan Akademik (MPPA) menerusi kenyataan berkata, pandangan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menimbulkan persepsi negatif terhadap kualiti Universiti Putra Malaysia (UPM).

Katanya, UPM merupakan sebuah universiti awam ternama dan sentiasa berada di kedudukan terbaik di negara ini termasuk di peringkat Asia mahupun dunia.

“Justeru, ia bukan suatu yang ‘janggal’ sekiranya UPM mampu menghasilkan sejumlah graduan PhD seperti mana yang didakwa.

“Perjalanan untuk melengkapkan pengajian di peringkat PhD bukan suatu proses mudah dan ringkas serta boleh dianugerahkan sewenang-wenangnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM memaklumkan kaedah pengajian PhD di UPM melebihi syarat minimum ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam usaha memastikan kualiti graduan dihasilkan pada tahap terbaik.

Jelas MPPA, setiap graduan perlu melalui proses pengajian terutama menghasilkan tesis atau disertasi.

“Ia kemudian perlu diselia dan tesis tersebut pula melalui proses penilaian sama ada oleh penilai dalam mahupun penilai luar.

“Setiap graduan juga perlu melengkapkan sesi pembentangan yang dikenali sebagai viva voce dan pada akhirnya jika lulus, maka ia perlu disahkan pula di peringkat senat,” katanya.

Menurut MPPA, pihaknya menghormati peranan dan jawatan sebahagian ahli politik malah tidak mempunyai masalah untuk memberikan pandangan demi melihat Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi negara maju. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya