PETALING JAYA: Tindakan mendedahkan maklumat secara terbuka termasuk melalui media sosial bukan sahaja tidak dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 malah tidak boleh dikategorikan sebagai pemberi maklumat atau whistleblower. Menegaskan perkara itu kepada Mingguan Malaysia, Pensyarah Kriminologi, Universiti Nottingham Trent, Dr. Kassim Noor Mohammed berkata, maklumat yang ada perlu disalurkan mengikut ketetapan undang-undang agar ia tidak menimbulkan sebarang keraguan. Justeru, ujar Kassim, tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengeluarkan surat tuntutan (Letter of Demand) kepada bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya