Kerajaan segera tangani kenaikan harga barang - Utusan Malaysia

Kerajaan segera tangani kenaikan harga barang

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang untuk segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, justeru, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada kementerian-kementerian terbabit.

“Kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini. Saya akan mempengerusikan mesyuarat NACCOL dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada kementerian-kementerian terbabit.

“Kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan semua barang tanpa mengira jenis akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abd. Halim Husin berkata, kenaikan harga barangan itu didorong oleh lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang pada Disember lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN