Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 7 negeri - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Selangor, Sabah, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak); Selangor (Klang dan Kuala Langat); Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran dan Kota Belud) sehingga 7 malam, Sabtu, 8 Januari. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama dan Batang Padang); Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera); Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) dan Sarawak: Limbang (Lawas) sehingga 6 petang; Sabtu, 8 Januari,” katanya. 

Tambah Met Malaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya