58 peratus kebakaran tapak sampah Pulau Burung masih gagal dipadamkan  - Utusan Malaysia

58 peratus kebakaran tapak sampah Pulau Burung masih gagal dipadamkan 

USAHA memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal, Pulau Pinang masih giat dijalankan sejak lebih seminggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kira-kira 58 peratus atau 2.4 hektar daripada keseluruhan 11.3 hektar kawasan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini yang terbakar masih belum berjaya dipadamkan. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Hafiz Hafizal Timaradin memberitahu, pihaknya tidak dapat menentukan berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk memadamkan keseluruhan kawasan yang terbakar itu buat masa ini. 

“Untuk tentukan berapa lama itu agak sukar, tapi, kita perlu berusaha ke arah itu dan secara purata, operasi harian pemadaman itu melibatkan 50 anggota yang dilakukan secara bergilir-gilir,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Tambah Hafiz Hafizal, selain pasukan bomba setempat, mereka turut dibantu unit JBPM di Pangkalan Udara Subang serta pasukan bomba daripada beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Perak. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kepulan asap yang berpunca daripada kebakaran di tapak pelupusan itu tidak melibatkan daerah lain di negeri memandangkan indeks pencemaran udara (IPU) yang tinggi hanya dikesan di kawasan Ladang Byram. 

“Jika ada mengatakan pencemaran udara itu telah sampai hingga ke bahagian pulau sebagai contoh, maka, mereka boleh buat laporan terus kepada kami,” ujarnya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya