You dari Malaya atau Sarawak? Lee Shan soal pegawai SPRM ketika ditahan - Utusan Malaysia

You dari Malaya atau Sarawak? Lee Shan soal pegawai SPRM ketika ditahan

VOON Lee Shan bertikam lidah dengan individu dipercayai pegawai SPRM)di tepi jalan Kenyalang Park, Kuching, Sarawak, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Ketika diminta keluar dari kereta, Voon Lee Shan bertikam lidah dengan individu dipercayai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tepi jalan melintasi Kenyalang Park di sini, pagi ini.

“You dari Malaya atau dari Sarawak?” soal Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) itu ketika merakam perbualan itu secara langsung di Facebook miliknya.

“Saya dari Sarawak,” balas pegawai SPRM itu dengan tenang.

“Mana kampung kamu?” soal Lee Shan.

“Saya bekerja di sini,” kata pegawai itu.

“Saya tahu tapi di mana kampung kamu? Saya tanya di mana kampung kamu?” soal Lee Shan lagi.

Pegawai itu bagaimanapun enggan menjawab soalan Lee Shan, sebaliknya memberitahu notis yang dikeluarkan oleh SPRM.

“Tak apa, macam ini, kami cuma menjalankan tugas kami, dekat sini ada notis untuk menghadiri pemeriksaan. Saya bagi kamu notis ini dan kamu perlu ikut kami ke pejabat SPRM,” katanya pegawai SPRM itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN