JOHOR BAHRU: Peniaga khususnya di sekitar bandar raya ini diingatkan agar tidak menaikkan harga barangan jualan sesuka hati susulan pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura melalui inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan perkara itu tidak berlaku. “Sekiranya berlaku kenaikan harga tinggi yang mendadak akibat pembukaan…