UMNO dahulu bawa nikmat kepada rakyat, negara - Utusan Malaysia

UMNO dahulu bawa nikmat kepada rakyat, negara

sempadan
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau sentiasa ingat nikmat yang diperolehnya ketika memimpin UMNO, cuma parti itu kini sudah jauh berbeza.

Dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri itu berkata, bukan sahaja beliau yang mendapat nikmat, UMNO dahulu juga membawa nikmat kepada rakyat dan negara hingga digelar Harimau Asia..

“Saya dituduh simpan dendam dan benci terhadap UMNO kerana berkata UMNO dirampas perasuah dan penyangak.

“Adakah salah tuduhan saya ini? Apakah tidak benar yang pemimpin tertinggi UMNO didapati bersalah oleh mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa.

“Apakah tidak benar beberapa pemimpin tertinggi UMNO sedang dibicarakan di mahkamah atas berdozen pertuduhan salah guna kuasa, menyeleweng dan rasuah,” katanya.

Namun kata Dr. Mahathir, mereka yang terlibat tetap memegang jawatan dalam parti, malah dipertahan ahli dan pimpinan parti yang lain

UMNO dahulu katanya, membawa banyak nikmat kepada rakyat dan majukan negara sehingga pegawai asing datang untuk belajar kejayaan negara.

“Tapi hari ini pimpinan UMNO dikenali dunia sebagai kepimpinan kleptokrat. Apa makna kleptokrat? Kepimpinan pencuri!. Ini bukan saya yang kata, ini Department of Justice Amerika Syarikat yang kata.

“Shamsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah) kata ‘jangan juga ingat semua orang suka pada Tun’.

“Saya nak kata, saya tak pernah kejar populariti. Saya tak bagi rasuah pada rakyat untuk kekal kuasa dan sokongan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, sudah berulang kali menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan UMNO apabila melihat bekas Perdana Menteri itu sudah terpesong daripada perjuangan sebenar parti.

“Saya tak diendah. Nasihat saya tak diterima. UMNO kekal dengan cara rasuah untuk kekal pimpinan, beli sokongan,” tambahnya.

Akibatnya kata Dr. Mahathir, rakyat jelik dengan sikap angkuh, sombong dan bongkak pemimpin UMNO dan kesannya UMNO kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN