Tiada perubahan terhadap Kelas Lesen Memandu - JPJ - Utusan Malaysia

Tiada perubahan terhadap Kelas Lesen Memandu – JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap Kelas Lesen Memandu sedia ada, ketika ini.

JPJ menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, sehingga kini penetapan Kelas Lesen Memandu B2 masih kekal sebagai Motosikal Tidak Melebihi 250cc.

“Baru-baru ini, timbul kekeliruan berhubung Kelas Lesen Memandu yang dikongsikan blogger EbidMotor.com yang menyatakan bahawa Kelas Lesen Memandu B2 telah dinaikkan daripada 250cc kepada 500cc.

“Jabatan ini memandang serius perkara ini dan menyeru kepada orang ramai agar merujuk ke laman web dan media sosial rasmi JPJ sebelum mempercayai sebarang info yang tular,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya