Tanah runtuh di Jalan Sendayan - Jimah - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Jalan Sendayan – Jimah

KEADAAN tanah runtuh kira-kira pukul 9 pagi yang telah tular di media sosial yang membabitkan Jalan Sendayan - Jimah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Susulan kejadian hujan lebat sejak petang semalam, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Jalan Sendayan -Jimah, Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Nanda Maarof berkata, kejadian tersebut telah dikesan pada pukul 9 pagi tadi dan  Pusat Kawalan Daerah (DCC) telah digerakkan bagi membantu dan memantau keadaan.

Ia sementara menunggu anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

“Difahamkan, kejadian tanah runtuh tersebut ekoran hujan lebat yang berlaku semalam. Hasil siasatan awal mendapati, jalan yang runtuh ialah jalan menghala daripada Jimah ke Sendayan. 

“Segala perkembangan dalam pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kedua-dua laluan ditutup daripada sebarang kenderaan bagi tujuan keselamatan dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif lain. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya