fbpx

28 Januari 2022, 8:33 pm

  TERKINI

Sultan Sharafuddin ziarah makam kerabat Diraja

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menyiram air di pusara makam Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Makam Diraja Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarahi makam kerabat diraja Selangor di Makam Diraja Klang di sini, hari ini.

Istiadat ziarah makam itu bersempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-76 pada Sabtu ini.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan diiringi Orang Besar Istana dan kerabat diraja Selangor.

Bacaan tahlil dan doa dipimpin oleh Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad. -UTUSAN ONLINE

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI