PM umum Pusat Penyelidikan dan Pendidikan  Keluarga Malaysia di UPSI  - Utusan Malaysia

PM umum Pusat Penyelidikan dan Pendidikan  Keluarga Malaysia di UPSI 

PERDANA Menteri melambai ke arah pelajar pada perasmian Keluarga Malaysia@Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Dewan Tuanku Canselor UPSI di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Perdana Menteri hari ini mengumumkan  penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan  Keluarga Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat tersebut akan menjadi peneraju penyelidikan dan mempromosikan konsep Keluarga Malaysia.

Menurutnya, penubuhan pusat itu di UPSI sesuai dengan jolokan universiti itu sebagai institusi ulung yang membawa perubahan dalam pengembangan pendidikan.

“Menjadi harapan saya agar pusat ini nanti berupaya  menginstitusikan ‘Keluarga Malaysia’ dengan menjadi hab penyelidikan, pendidikan, latihan dan penyebaran ilmu dalam kalangan warga Malaysia. 

“Saya sangat optimis dengan kreativiti, inovasi serta kolaborasi strategik yang melibatkan pelbagai pihak, pusat ini dapat memainkan peranan yang signifikan dalam meningkat, mempromosi dan menyebarluaskan lagi konsep serta usaha membudayakan nilai-nilai pengayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian Keluarga Malaysia@Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. 

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad;  Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi sempena  pelancaran Keluarga Malaysia @IPT.

Ismail Sabri menyeru warga IPT, khususnya anak muda untuk menghayati teras dan nilai utama Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. 

“Sedar atau tidak, kebanyakan masa, khususnya pelajar sekalian berluang masa di kampus dengan rakan-rakan seperjuangan dan juga pensyarah menyerlahkan kebersamaan sebagaimana semangat Keluarga Malaysia,” katanya. 

Katanya, uniknya institusi pengajian tinggi seperti UPSI dilatari kepelbagaian agama, bangsa, usia serta latar belakang ekonomi.

“Tuntasnya, persekitaran ini membentuk keluarga baharu kepada pelajar sekalian.

“Disinilah lahir idea untuk membentuk Keluarga Malaysia @ IPT. 

“Aura Keluarga Malaysia dilakar melalui kerjasama yang harmoni, sikap saling menghormati dan keterbukaan pelajar terhadap perbezaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.