Pasukan Petugas Khas Siasatan ditubuh siasat dakwaan Tommy Thomas - Utusan Malaysia

Pasukan Petugas Khas Siasatan ditubuh siasat dakwaan Tommy Thomas

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasatan bagi menyiasat dakwaan dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ hasil tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penubuhan pasukan petugas ini dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu bagi membuat kajian awal berhubung dakwaan-dakwaan yang ditulis dalam buku berkenaan.

“Dakwaan-dakwaan ini termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman, pendakwaan terpilih dan sebagainya.

“Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pasukan ini akan diketuai Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak dan bekas Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung serta turut disertai lima yang lain.

Wan Junaidi berkata, mereka adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Hashim Paijan; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Junaidah Kamaruddin.

Menurutnya, tiga ahli lain termasuk bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Jagjit Singh; peguam, Datuk Shaharudin Ali dan peguam, K Balaguru.

“Dalam hal ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan bertindak sebagai urus setia bagi jawatan kuasa tersebut.

“Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan Pasukan Petugas khas ini

termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, pasukan petugas khas ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan dari tarikh lantikan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya