Ayam Bismi jual ayam murah RM6.98 sekilogram - Utusan Malaysia

Ayam Bismi jual ayam murah RM6.98 sekilogram

SYARIKAT Ayam Bismi menjual ayam pada harga murah RM6.98 sekilogram di Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Jalan Kangkong Simpang Empat, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Syarikat penternakan, pemprosesan dan pengedaran, Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) mengambil inisiatif melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjual ayam pada harga di bawah kos iaitu RM6.98 sekilogram, esok.

Menurut Pengarah Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin, 54, program CSR itu diadakan sempena majlis cabutan bertuah bagi menghargai pelanggan mereka yang memberi sokongan kepada syarikatnya.

“CSR ini ibarat rugi di dunia, untung di akhirat, insya-Allah. Bukan harga ayam turun atau murah tetapi kami ingin menjual pada harga bawah kos sebenar.

“Syarikat berharap ini dapat menceriakan anggota masyarakat dan membantu mereka serba sedikit dengan berkongsi rezeki,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kerajaan baru-baru ini menetapkan harga maksimum ayam standard adalah RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung, kecuali Langkawi, berkuat kuasa Selasa lalu.

Harga itu ditetapkan bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang kali pertama diadakan, berkuat kuasa selama 25 hari hingga 31 Disember depan bertujuan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang keperluan.

Dalam pada itu Mazlina menambah, jualan ayam itu akan berlangsung di Pusat Jualan Utama Ayam Bismi di Jalan Kangkong Simpang Empat di sini dari pukul 9.30 hingga 11 pagi.

“Setiap keluarga diterhadkan dua ekor sahaja bagi membolehkan lebih ramai anggota masyarakat menerima manfaat ini. Pada masa yang sama akan berlangsung Majlis Cabutan Bertuah 2021 yang menyediakan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN