10 kerusi GPS bawah 1,000 undi - Utusan Malaysia

10 kerusi GPS bawah 1,000 undi

GPS antara gabungan parti besar di Sarawak yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 – UTUSAN/Harith Aufa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum boleh menarik nafas lega walaupun mencatatkan kemenangan besar meraih 76 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ini kerana terdapat 10 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh GPS mencatatkan majoriti tipis di bawah 1,000 undi walaupun peratusan keluar mengundi rendah iaitu sekitar 55 peratus setakat pukul 4 petang kelmarin.

Kerusi tersebut adalah Simanggang (175), Batang Ai (738), Krian (932), Pakan (714), Meluan (822), Ngemah (261), Bukit Assek (874), Pelawan (100), Tanjong Batu (23), Bukit Danau (706).

Kerusi Tanjong Batu yang dimenangi calon GPS, Johnny Pang Leong Ming mencatatkan majoriti paling rendah dengan hanya 23 undi.

Selain itu, Michael Tiang yang memenangi kerusi Pelawan dengan 4,413 undi hanya meraih majoriti 100 undi apabila calon DAP, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) masing-masing meraih lebih daripada 3,000 undi.

Calon GPS, Francis Harden Hollis pula mencatatkan 3,954 undi dengan majoriti tipis 175 undi apabila disaingi rapat calon PSB, Walsin@Wilson Entabang yang meraih 3,779 undi.

Di Krian, calon GPS, Friday Belik nyaris kalah apabila hanya meraih majoriti 932 undi. Walaupun Datuk Ali Biju menarik diri daripada bertanding Bebas, beliau meraih undi ketiga tertinggi dengan 1,777 undi.

Jika GPS tewas di 10 buah kerusi ini, gabungan itu hanya memenangi 66 kerusi, kurang daripada 72 kerusi yang dimenanginya pada 2016. – UTUSAN ONLINE

INFO

Simanggang 175

Batang Ai 738

Krian 932

Pakan 714

Meluan 822

Ngemah 261

Bukit Assek 874

Pelawan 100

Tanjong Batu 23

Batu Danau 706

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN