MASJID TANAH: Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak pernah terlintas untuk dicalonkan sebagai Ketua Menteri meskipun namanya disebut-sebut bakal menyandang jawatan itu jika Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu berkata, fokusnya kini hanyalah satu, iaitu menyumbang kerusi bagi kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. “Terus terang tidak pernah terfikir untuk saya sampai tahap itu (Ketua Menteri).…