Sani Express hentikan sementara tugas pemandu tidak berhenti solat  - Utusan Malaysia

Sani Express hentikan sementara tugas pemandu tidak berhenti solat 

TULAR seorang penumpang mengadu pemandu bas Sani Ekspress tidak berhenti ketika masuk waktu solat Subuh dalam perjalanan di lebuh raya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penyedia perkhidmatan bas penumpang, Sani Express Sdn. Bhd. (Sani Express) menghentikan sementara tugasan pemandunya susulan isu mengabaikan solat Subuh ketika dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Jertih, Besut pada Sabtu lalu.

Sani Express dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan kerana aktiviti berhenti rehat di samping solat merupakan prosedur wajib bagi kesemua pemandu.

Sehubungan itu, katanya, siasatan dalaman akan dijalankan terhadap pemandu termasuk bakal dikenakan tindakan disiplin, amaran, kaunseling atau latihan semula selaras dengan prosedur syarikat.

“Pihak syarikat kesal dengan apa yang berlaku kerana solat lima waktu adalah perkara wajib yang harus ditunaikan umat Islam.

“Kami memohon maaf  dan berjanji agar perkara sedemikian tidak berulang lagi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad Safwan yang kecewa dengan sikap pemandu bas Sani Express kerana enggan menghentikan kenderaan bagi membolehkan penumpang menunaikan solat Subuh.

Malah, Muhammad Safwan mendakwa, pemandu itu turut meninggalkan penumpang yang pergi ke tandas ketika bas itu berhenti di Setiu tanpa menunggu atau mengira jumlah individu yang ada di tempat duduk masing-masing. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya