Rentas negeri : Katil ICU HSNZ penuh - Utusan Malaysia

Rentas negeri : Katil ICU HSNZ penuh

KASEMANI Embong (tengah) diberi penerangan mengenai kelengkapan di unit rawatan rapi (ICU) hybrid Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Peningkatan kes positif Covid-19 dalam tempoh dua minggu  kebelakangan ini menyebabkan kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) penuh.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, lebih membimbangkan, kemasukan pesakit Covid-19 kategori lima turut mencatatkan kenaikan sepanjang tempoh tersebut. 

Katanya, peningkatan itu dipercayai berpunca akibat pergerakan rentas negeri di samping peralihan Terengganu ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Tiga hari lalu, kapasiti katil ICU penuh 100 peratus manakala hari ini menurun kepada 84 peratus dengan 28 kes merupakan pesakit kategori lima. 

“Peningkatan jumlah kes Covid-19 sedikit merisaukan, tetapi, kita lega kerana bilangan katil di ICU HSNZ kini bertambah kepada 44 buah dengan kemudahan terbaharu, ICU hybrid yang menempatkan 10 katil,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan ICU hybrid HSNZ di sini hari ini. 

Kasemani berkata, ICU hybrid yang dibangunkan dengan kos RM3.2 juta itu akan beroperasi bermula minggu depan untuk menampung jumlah pesakit Covid-19. 

Dalam perkembangan sama, katanya, sebanyak 63 kes varian membimbangkan (VOC) dikesan di negeri ini membabitkan  Delta dan Beta. 

Setakat semalam, Terengganu mencatatkan 223 kes Covid-19 dengan enam kematian.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN