PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Bilik Gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalurkan makluma dan aduan sebarang perbuatan rasuah serta salah guna kuasa berkaitan pilihan raya tersebut.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, bilik gerakan PRN Melaka itu beroperasi 24 jam dan ditempatkan di SPRM Melaka, No. 2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai, 75460 Melaka.
Kata beliau, selain hadir ke bilik gerakan tersebut, orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.
“SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE