PETALING JAYA: Polis Kenya mengiktiraf dan menggunakan Proton X70 sebagai kenderaan pengoperasian mereka.
Sehingga kini, sebanyak 30 buah kenderaan model itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.
Menurut Facebook ProtonCarsOfficial, model kenderaan itu akan membawa gaya agung, kestabilan dan keselesaan kepada perkhidmatan polis di negara berkenaan.
Proton X70 menjadi satu daripada tiga model Proton yang dijual di Kenya dalam varian Premium 2WD. -UTUSAN ONLINE










