PKPD: Ladang Mengkarak dilanjutkan, Felda Chini 3 ditamatkanMy - Utusan Malaysia

PKPD: Ladang Mengkarak dilanjutkan, Felda Chini 3 ditamatkanMy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lapan kes positif baharu Covid-19 pada Ahad lalu mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Mengkarak 1 disambung 14 hari lagi.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti yang terletak dalam Daerah Bera, Pahang itu sepatutnya akan berakhir PKPD pada esok.

Bagaimanapun sekatan secara bersasar itu dilanjutkan sehingga 2 Disember depan susulan penelitian analisis trend jangkitan dan penilaian risiko oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Estet diuruskan syarikat perladangan komoditi terkenal tempatan, FGV Plantations (Malaysia) Sdn. Bhd. itu dikenakan PKPD sejak 12 November lepas ekoran Kluster Sawit Mengkarak.

Ia diisytiharkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 10 November lalu ekoran kes indeks pekerja warga asing yang bergejala disahkan menghidap wabak itu pada 7 November lepas.

Sehingga kini, sejumlah kumulatif 69 kes tersebut sudah pun direkodkan di lokaliti berkenaan hasil saringan melibatkan 71 individu kontak rapat yang mungkin dijangkiti dari tempat kerja.

Ladang Mengkarak 1 berkeluasan 2,810 hektar dengan kawasan yang berpenduduk hanya ditempatkan 132 hektar sahaja dan saiz besar sedikit daripada jirannya, Ladang Mengkarak 2.

Rodzi turut memaklumkan tiada lokaliti baharu akan dilaksanakan PKPD namun satu skim tanah rancangan persekutuan di negeri sama ditamatkan sekatan itu esok seperti dijadualkan.

Ia membabitkan Felda Chini 3 dalam Mukim Penyor, Daerah Pekan yang diwartakan PKPD sejak 12 November dengan jangkitan penularan kes tidak pula melibatkan sebarang kluster.

Skim tanah itu yang dibuka lebih 40 tahun lalu dikesan mula melaporkan pandemik Covid-19 pada 3 November lalu melibatkan tiga penduduk tempatan namun tiada kluster yang terlibat.

Sebaliknya, pihak Jabatan Kesihatan melaporkan dua kawasan yang berjiran dengan lokaliti berkenaan iaitu Felda Chini 1 dan Felda Chini 5 ada beberapa kes positif baharu wabak itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya