PERTEMBUNGAN lebih tiga penjuru yang menjadi norma baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memungkinkan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berdepan masalah untuk mengekalkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang parti itu. Kerusi-kerusi berkenaan adalah Gadek, Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir, Machap Jaya, Kelebang, Bukit Katil, Kota Laksamana, Durian Tunggal, Duyong dan Bemban. Dari segi keterbatasan kempen, sukar untuk dinafikan PH terutamanya DAP merupakan blok paling menyerlah berbanding Barisan…