Pemandu alami microsleep, kena saman RM300 - Utusan Malaysia

Pemandu alami microsleep, kena saman RM300

TANGKAP layar rakaman video tular membabitkan seorang pemandu yang mengalami microsleep lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar dua buah kenderaan dalam kejadian di Kuala Pilah pada 20 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pemandu sebuah kereta berwarna putih yang terlibat dalam video tular yang memaparkan kenderaannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu mengakibatkan kemalangan disahkan mengalami microsleep atau terlelap sejenak ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.30 petang pada 20 November lalu yang membabitkan kemalangan sebuah kereta dengan dua buah kenderaan lain.

Jelas beliau, kemalangan berkenaan berlaku di Kilometer 27, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini.

“Hasil daripada siasatan, pemandu kereta berwarna putih tersebut iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun dalam perjalanan dari Seremban ke Pahang telah mengalami microsleep dan telah dikenakan tindakan di bawah Peraturan 10 Kaedah Lalulintas 1666/59.

“Dalam kesalahan berkenaan, pemandu kereta tidak boleh tidur yang bermaksud pemandu kenderaan yang berjalan di jalan raya tidak boleh tidur atau lalai daripada mengawal kenderaan yang sedang berjalan itu. Pemandu dikenakan saman sebanyak RM300,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Amran berkata, pihaknya memohon kepada semua untuk tidak membuat spekulasi serta provokasi berhubung kes berkenaan bagi memastikan ia dapat diselesaikan dengan baik. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya